Rss Feed
  1. SELAMAT DATANG KE BLOG DAPUR ERT.COM

    Sunday 17 November 2013

    Laman ilmiah yang membolehkan kita berkongsi ilmu tentang 2 topik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu iaitu topik Bater (Tingkatan1) dan Kaedah Membuat Kek dan Biskut (Tingkatan 3). Selain itu, kita juga boleh berkongsi maklumat dengan lebih lanjut berkaitan dengan info kesihatan dalam pemakanan dan petua masakan.


    BATER : 

    Dalam topik ini, anda akan mempelajari...

    * Pengertian Bater
    * Jenis-jenis bater
    * Menyenaraikan beberapa jenis kuih hasil daripada bater cair dan bater pekat
    * Menyediakan makanan daripada bater cair dan bater pekat



    KAEDAH MEMBUAT KEK DAN BISKUT:

    Dalam topik ini, anda akan mempelajari...

    * Menjelaskan pengertian kaedah gaul dan ramas
    * Mengenal pasti biskut yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas
    * Membungkus biskut dengan cara yang betul
    * Mengenal pasti kek yang dihasilkan dengan kaedah gaul dan ramas
    * Menerangkan pengertian pastri
    * Mengenal pasti pastri yang disediakan dengan menggunakan kaedah gaul dan ramas
    * Menerangkan pengertian kaedah putar
    * Mengenal pasti biskut dan kek yang disediakan dengan dengan menggunakan kaedah putar
    * Menyatakan pengertian kaedah enjut
    * Mengenal pasti kek yang disediakan menggunakan kaedah enjut
    * Mengenal pasti kek yang disediakan menggunakan kaedah enjut
    * Mengenal pasti kek enjut yang divariasikan
    * Menyedia, memasak, menghias, menghidang dan membuat pengiraan kos biskut, kek dan pastri





    Dapur Bujang - Resepi Roti Jala (Berasaskan bater cair)



  2. Pengertian Kaedah Putar
    Kaedah putar ialah kaedah di mana lemak dan gula diputar sehingga menjadi kembang dan putih.

    Biskut yang disediakan dengan Kaedah Putar
    Antara biskut yang disediakan dengan kaedah putar ialah seperti di bawah:
    (a)   Biskut badam rangup
    (b)   Biskut serpihan coklat
    (c)   Biskut cornflakes rangup


    Menghias dan Menghidang Biskut
    Hidangkan biskut di atas pinggan beralaskan kertas doili apabila sedia untuk dimakan. Biskut juga boleh disimpan di dalam bekas yang kedap udara supaya rasa biskut dapat terpelihara. Susunan biskut mestilah kemas dan menarik agar biskut sentiasa kekal dalam bentuk asalnya.

    Pengiraan Kos Biskut Kaedah Putar
    Pengiraan kos biskut dibuat berdasarkan kepada bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih.

    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Putar
    Antara kek yang disediakan dengan kaedah putar adalah seperti berikut:
    (a)   Kek pelangi              
    (b)   Kek permaisuri           
    (c)   Kek coklat


    Menghias dan Menghidang Kek
    Aising, krim coklat, buah-buahan seperti kismis, ceri, raspberi dan buah-buahan campuran digunakan untuk menghias kek. Hiasan yang berasaskan coklat adalah paling popular. Coklat cip, coklat urai dan manik gula berwarna-warni boleh digunakan sebagai hiasan. Kek yang dihias cantik dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili.

    Pengiraan Kos Kek Kaedah Putar
    Pengiraan kos kek dibuat berdasarkan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih.

  3. Pengertian Kaedah Gaul dan Ramas
    Kaedah gaul dan ramas ialah lemak dan tepung digaul ramas dengan  menggunakan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.


    Biskut yang disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
    Antara biskut yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas adalah seperti:
    (a) Biskut samperit
    (c) Biskut kacang
    (b) Tart nanas
    (d) Biskut makmur




    Menghias dan Menghidang Biskut
    Biskut boleh dihias dengan pelbagai jenis hiasan agar kelihatan menarik. Jenis-jenis hiasan yang mudah adalah seperti kuning telur, ceri, coklat urai, dan gula manik yang beraneka warna. Biskut boleh dihidangkan di dalam pinggan yang dialaskan dengan kertas doili.

    Membungkus Biskut


    Cara Menyimpan Biskut   
    * Biskut hendaklah disejukkan sebelum disimpan dalam bekas yang sesuai seperti plastik, kotak lutsinar, dan balang kedap udara supaya biskut tahan lama, mudah dilihat dari segi bentuk dan susunan biskut yang menarik.

    * Simpan biskut yang berlainan jenis di dalam bekas yang berasingan supaya kualiti biskut terjamin.

    * Elakkan daripada menyimpan biskut dalam bekas yang sama dengan kek kerana kelembapan pada kek akan meresap ke dalam biskut.

    Contoh Pengiraan Kos Biskut Kacang


    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
    Contoh kek yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas ialah:
    (a) Kek batik                  
    (b) Ban jem                 
    (c) Kek bantal

    Kek akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan jika dihias sama ada menggunakan aising, krim, coklat, atau menggunakan buah-buahan seperti buah-buahan campuran, kismis, raspberi dan strawberi. Kek boleh dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas doili.




    Pastri yang Disediakan dengan Kaedah Gaul dan Ramas
    Pastri adalah adunan tepung, lemak, dan cecair yang dihasilkan dalam bentuk doh. Pastri yang dihasilkan melalui kaedah gaul dan ramas dikenal sebagai pastri rapuh. Antara contoh pasti rapuh yang disediakan dengan kaedah gaul dan ramas adalah seperti di bawah:
    (a)   Karipap
    (b)   Sardin gulung
    (c)   Tart kelapa

    Cara Membuat Karipap Pusing:


    Menghias dan Menghidang Pastri
    Pastri boleh dibuat sama ada berinti savouri atau manis. Pastri berinti manis boleh dihias dengan pelbagai jenis jem buah-buahan, aising, gula halus, dan krim kastad.Pastri manis boleh dihidangkan dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili.

    Pastri berinti savouri seperti karipap dan sardin gulung boleh dihidang dalam pinggan bujur ataupun lebih menarik lagi jika menggunakan bakul-bakul roti kecil beralaskan kain ataupun kertas doili. Hiasan dengan cili merah, daun parsli, dan daun pudina menjadikan hidangan lebih menarik.




  4. Pengertian Kaedah Enjut
    Kaedah enjut ialah gula dan telur dienjut hingga kembang dan gebu. Kualiti kek yang dihasilkan dengan kaedah ini bergantung kepada kuantiti udara yang terperangkap di dalam adunan ketika mengenjut.

    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut
    Bahulu ialah sejenis kek yang disediakan dengan kaedah enjut. Bahulu boleh disediakan dalam acuan pelbagai corak untuk mendapat bentuk yang menarik. Bahulu dihidang di dalam pinggan beralaskan kertas doili. Simpan dalam balang kedap udara untuk memelihara rasanya.

    Pengiraan Kos Bahulu
    Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi bahulu.

    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Contoh kek daripada kaedah enjut yang divariasikan adalah seperti di bawah:
    (a)   Bahulu gulung
    (b)   Bahulu lapis


    Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Kek kaedah enjut boleh divariasikan dengan menambahkan bahan-bahan lain seperti krim koko dan jem bagi menambahkan rasa kepada bahulu. Ia juga menjadikan bahulu lebih menarik.

    Menghias dan Menghidang Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Kek bahulu seperti bahulu gulung boleh dihias dengan berbagai-bagai cara menggunakan aising, coklat cair, coklat urai, jem panas, dan kelapa parut.
    Contohnya:
    • Coklat cair
    Bahagian luar kek gulung boleh dihiasi dengan membuat corak menggunakan coklat cair.

    • Jem panas dan kelapa parut kering
    Sapukan bahagian luar kek gulung dengan jem panas serta sadurkan dengan kelapa parut kering yang berwarna atau tanpa warna.

    Potong bahulu gulung setebal 2-3 cm. Aturkan di dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili. Hiaskan dengan ceri merah.

    Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih.

  5. Tugasan KPT 6044

    Saturday 16 November 2013

    NORHUSNA BINTI ALIAS (M20122001828)

    Tugasan 1 - Ulasan Jurnal
    Tugasan 2 - Blog (Dapur ERT)
    Tugasan 3 - Rancangan Pengajaran Harian 
    Tugasan 4 - Kajian Tinjauan



    DAYANG ZANNARIE AFNAHTON AIDA BINTI AHMAD (M20122001438)

    Tugasan 1 
    Tugasan 2 - Blog (Dapur ERT)
    Tugasan 3 - Rancangan Pengajaran Harian
    Tugasan 4 - Kajian Tinjauan

  6. Bater

    Thursday 14 November 2013

    Pengertian Bater

    Bater ialah campuran tepung dan cecair seperti air, susu atau santan. Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu "battre" yang mempunyai maksud pukul atau enjut. Telur yang dimasukkan ke dalam bater adalah untuk menambahkan khasiat dan menyedapkan rasa bater.

    Jenis Bater

    Terdapat dua jenis bater iaitu bater pekat dan bater cairCair atau pekatnya bater bergantung kepada jumlah cecair yang dicampurkan kepada tepung untuk menghasilkannya. Konsistensi adunan yang dihasilkan merupakan perbezaan antara kedua jenis bater ini.

    Bater Pekat

    • Bater pekat ialah campuran tepung dengan cecair dalam bentuk krim yang pekat.
    • Sering digunakan untuk menyadur makanan sebelum digoreng.
    • Oleh kerana konsistensinya yang pekat, ia sukar merebak apabila dituangkan ke dalam kuali.

    Contoh Makanan Daripada Bater Pekat


    Bater Cair

    • Konsistensi bater cair adalah cair, berkrim dan mudah dituang.
    • Juga dikenali sebagai bater penkek atau lempeng.
    • Apabila dituangkan ke dalam kuali, bater ini akan cepat merebak menjadi lapisan yang nipis.

    Contoh Makanan Daripada Bater Cair


    Penyediaan Makanan

    Bater yang baik ialah bater yang banyak mengandungi udara dan ringan. Cara yang digunakan untuk memasukkan banyak udara ke dalam bater dan menghasilkan bater yang ringan ialah ramuan kering diayakkan bersama atau adunan dipukul hingga rata.


    Sukatan Untuk Penyediaan Bater




    Langkah-langkah Untuk Penyediaan Bater




  7. Kaedah membuat kek dan biskut terbahagi kepada 3 iaitu :







  8. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (ERT) TINGKATAN 1

    Tarikh
    :
    8 November 2013
    Hari
    :
    Jumaat
    Tingkatan
    :
    1 Amanah
    Bilangan Pelajar
    :
    18 Orang
    Masa
    :
    8.10am – 8.50am (40 Minit)
    Topik
    :
    Bater
    Subtopik
    :
    Jenis Bater
    Objektif Pembelajaran
    :
    Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:


    a)
    Menerangkan pengertian bater


    b)
    Mengenal pasti jenis bater


    c)
    Menyenaraikan makanan daripada bater cair dan bater pekat
    Penerapan Nilai
    :
    Bekerjasama, bertanggungjawab, berdikari
    ABM/ BBM
    :
    Gambar, video, komputer riba, projektor, bahan maujud (Bahan Membuat Bater), lembaran kerja
    Pengetahuan Sedia Ada
    :
    (i)
    Mereka cipta resepi untuk hidangan minum petang daripada hasil beras pulut


    (ii)
    Menyedia, memasak, menghias, menghidang  dan membuat pengiraan kos makanan untuk minum petang

    Langkah/ Masa
    Isi Pelajaran
    Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
    Catatan
    Aktiviti Guru
    Aktiviti Pelajar

    Set Induksi   (5 Minit)

    Resepi  kuih tempatan

    1)  Guru menunjukkan video tentang cara membuat kuih ketayap.
    2)  Guru bertanya tentang video tersebut.
    3)  Guru mengaitkan aktiviti dengan tajuk pengajaran.

    1)    Pelajar menumpukan perhatian kepada video tersebut.
    2)    Pelajar memberi penerangan tentang isi kandungan video itu.


    BBM:
    Video

    Langkah 1 (10 Minit)

    Mengenal pasti jenis bater

    1) Guru menerangkan pengertian dan jenis bater.
    2) Guru menunjukkan jadual sukatan asas bater yang digunakan.
    3) Guru bertanya kepada pelajar tentang perbandingan jenis bater berdasarkan jadual.
    4) Guru menunjukkan video contoh penyediaan bater pekat.


    1)    Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.
    2)    Pelajar memerhatikan jadual sukatan asas bater.
    3)    Pelajar menyebut perbandingan sukatan bahan mengikut jenis bater.
    4)    Pelajar menonton yang ditayangkan.

    BBM:
    -Jadual
    -Video

    Langkah 2 (5 Minit)

    Mengenal pasti jenis kuih berasaskan bater

    1)  Guru menampal beberapa keping gambar kuih tempatan di papan putih.
    2)  Guru menyoal pelajar nama kuih yang dipaparkan.
    3)  Guru meminta pelajar menyatakan jenis bagi jenis kuih.


    1)    Pelajar memerhati setiap gambar kuih yang ditunjukkan.
    2)    Pelajar menyebut nama setiap kuih.
    3)    Pelajar memberi maklumbalas terhadap soalan guru.

    BBM:
    -Gambar

    Langkah 3 (10 Minit)

    Penggayaan (Amali)

    1)  Guru membahagikan  Pelajar kepada 4 kumpulan.
    2)  Guru meminta pelajar menghasilkan bater mengikut jenis dan sukatan yang betul.
    3)  Guru membuat pembetulan hasil kerja setiap kumpulan.


    1)    Pelajar membentuk kumpulan.
    2)    Setiap wakil kumpulan menunjukkan hasil kerja amali.
    3)    Kumpulan yang berjaya menyediakan bater dengan betul diberi tepukan.


    BBM:
    -Tepung
    -Cecair
    -Alatan dapur


    Langkah 4 (5 Minit)

    Pengukuhan

    1)  Guru mengedarkan lembaran evidens PBS kepada Pelajar.

    1)    Pelajar menyenaraikan jenis bater (B1D8E1).
    2)   Pelajar     
           menerangkan    
           maksud bater cair   
           dan bater pekat   
           (B2D8E1).


    BBM:
    -Lembaran evidens PBS
    -Papan putih
    -Pen marker

    Penutup (5 Minit)


    1) Guru bersoal jawab dengan Pelajar dan mengimbas kembali pembelajaran tadi.

    1)  Pelajar menyebut semula jenis bater berdasarkan contoh kuih tempatan.