Pengertian Kaedah Putar
Kaedah putar ialah kaedah di mana lemak dan gula diputar
sehingga menjadi kembang dan putih.
Biskut yang disediakan dengan Kaedah Putar
Antara biskut yang disediakan dengan kaedah putar ialah
seperti di bawah:
(a) Biskut badam rangup
(b) Biskut serpihan coklat
(c) Biskut cornflakes rangup
Menghias dan Menghidang Biskut
Hidangkan biskut di atas pinggan beralaskan kertas doili
apabila sedia untuk dimakan. Biskut juga boleh disimpan di dalam bekas yang
kedap udara supaya rasa biskut dapat terpelihara. Susunan biskut mestilah kemas
dan menarik agar biskut sentiasa kekal dalam bentuk asalnya.
Pengiraan Kos Biskut Kaedah Putar
Pengiraan kos biskut dibuat berdasarkan kepada bahan yang
digunakan untuk resipi yang dipilih.
Kek yang Disediakan dengan Kaedah Putar
Antara kek yang disediakan dengan kaedah putar adalah seperti
berikut:
(a) Kek pelangi
(b) Kek
permaisuri
(c)
Kek coklat
Menghias dan Menghidang Kek
Aising, krim coklat, buah-buahan seperti kismis, ceri,
raspberi dan buah-buahan campuran digunakan untuk menghias kek. Hiasan yang
berasaskan coklat adalah paling popular. Coklat cip, coklat urai dan manik gula
berwarna-warni boleh digunakan sebagai hiasan. Kek yang dihias cantik
dihidangkan di atas pinggan kek yang dialas dengan pelapik kek atau kertas
doili.
Pengiraan Kos Kek Kaedah Putar
Pengiraan kos kek dibuat berdasarkan bahan yang digunakan
untuk resipi yang dipilih.
0 comments:
Post a Comment