1.0 TIPS MEMBUAT KEK
Kek menjadi lembab di bahagian tengah
- suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak yang terlalu pendek.
- sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan sudah mencair sedikit.
- Jika permukaan kek menjadi keperangan seperti hendak hangus, tutup bahagian atas loyang dengan aluminium foil sehingga kek masak.
- Pastikan membuka api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada fungsi kipas dalam oven, memadai menggunakan api bawah sahaja iaitu pada suhu 180'C.
Kek mendap di bahagian tengah dan tenggelam
- Suhu oven terlampau tinggi.
- Gula dan mentega di pukul tidak cukup kembang.
- Kekurangan tepung atau telebih gula.
- Masa membakar terlalu pendek, di tambah suhu oven yang terlalu panas pada permulaan.
- Kedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang tidak diletakkan di bahagian tengah dalam oven.
- Serbuk penaik berlebihan.
Kek Merekah
- Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan juga boleh hangus di bahagian permukaan.
- Suhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggi.
- Kandungan serbuk penaik terlalu banyak.
- Sukatan tepung yang terlebih.
- Masa membakar terlalu lama.
2.0 TIPS MEMBUAT BISKUT
Tepung
- Komponen utama dalam membentuk kerangka biskut.
- Tepung yang digunakan ada beberapa jenis iaitu tepung gandum, tepung ubi, tepung sagu, tepung beras, hingga ke tepung kacang hijau.
- Jika resepi meminta menggunakan tepung gandum, cuba gunakan tepung gandum lunak yang dikenali sebagai pastry flour.
- Pastikan tepung diayak setiapkali ingin membuat biskut.. Ini kerana untuk membuang kotoran dan mebuang gumpalan didalam tepung.
- Periksa dahulu bungkusan tepung ketika dibeli, jika bungkusannya rosak, atau tepung lembab dan berbau tengit (seperti lama), elakkan memakainya.
- Jika resepi meminta kita menggabungkan dua jenis tepung, contohnya tepung gandum dan tepung jagung, ayak terus keduanya supaya menjadi satu campuran.
Butter
- Komponen kedua terpenting dalam menyedapkan rasa biskut.
- Memberi rasa lembut dan menambah nilai gizi selain menyatukan tepung dengan bahan lainnya.
- Selain butter, majerin juga boleh digunakan dalam pembuatan biskut, butter dikenali sebagai lemak haiwan, manakala shortening ialah lemak tumbuhan.
- Butter mempunyai aroma yang lebih kuat dibandingkan dengan majerin namun teksturnya agak lembik dan mudah cair bila berada didalam suhu bilik.
- Untuk menghasilkan biskut yang baik, gunakan butter yang berkualiti tinggi, tidak berbau tengit atau dalam keadaan cair (lembik).
Telur
- Berperanan sebagai 'gam' yang melekatkan adunan biskut.
- Penggunaan telur berlebihan akan menjadikan biskut mengembang dan melebar.
- Resepi yang hanya menggunakan kuning telur akan terasa lebih empuk dan lembut berbanding jika menggunakan keseluruhan telur.
- Pastikan telur yang digunakan dalam keadaan baik, tidak busuk.
- Jika telur yang ingin digunakan itu sejuk, rendam dalam air atau air suam untuk menjadikannya pada suhu bilik.
3.0 PETUA MEMASAK DI DAPUR
Orang melayu begitu sinonim dengan pelbagai petua dan pantang larang dalam kehidupan, contohnya seperti anak dara dilarang menyanyi ketika memasak, nanti kahwin dengan orang tua. Sebenarnya ia bertujuan supaya kita tidak leka ketika memasak dan masakan tidak hangus. Petua orang-orang lama ini bukan sahaja mudah diamalkan, malah bermanfaat jika tahu menggunakannya dengan baik. Berikut dinyatakan beberapa petua yang sesuai di jadikan rujukan kita bersama ketika di dapur.
1. Sayur tahan lebih lama
Sayur-sayuran segar terutamanya yang berdaun hijau amat mudah rosak dan layu jika disimpan lama. Untuk mengekalkan kesegarannya dan tahan lebih lama, balut sayur-sayuran ini dalam kuantiti yang kecil dengan menggunakan kertas atau surat khabar lama. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik dan simpan di bahagian sayur-sayuran dalam peti sejuk. Insya-Allah sayur-sayuran tersebut akan tahan dua hingga tiga hari berikutnya dan masih segar apabila ingin dimasak.
2. Hilangkan bau hangit makanan
Memasak nasi menggunakan dapur manual, jika tidak pandai mengendalikannya akan berpotensi untuk hangit. Untuk mengelakkan bau hangit ini, ambil dua biji cili kering yang sudah dibersihkan dan letakkan di dalam periuk nasi tersebut. Kemudian tutup nasi dan biarkan seketika sehingga baunya hilang. Cara ini juga boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan lain untuk mengurangkan bau hangit.
3. Hilangkan lender ikan air tawar
Ikan air tawar memang sangat terkenal dengan sejenis ikan lender. Bagi sesetengah orang yang tidak biasa membersihkannya pasti merasa ia kurang menyenangkan. Cara untuk mengurangkan lender pada ikan tersebut mudah sahaja, siang ikan seperti biasa kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas berisi ikan yang telah disiang. Ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih, lendir ikan akan terus hilang bersama air tadi.
4. Tauhu tahan lama
Tauhu ialah sejenis bahan makanan yang sangat sedap tetapi tidak dapat bertahan lama kerana mudah rosak. Untuk mencegah tauhu cepat berbau dan berasa masam, cuci dengan menggunakan air bersih dan simpan didalam mangkuk. Isikan air bersih ke dalam mangkuk tersebut dan simpan di dalam petisejuk. Seeloknya tukar air tersebut setiap hari selagi tauhu tersebut tidak habis digunakan.
5. Mudah mengopek kerang
Ramai yang suka makan makanan laut ini tetapi tidak ramai yang suka mengopeknya terutama sekali kanak-kanak. Untuk memudahkan kopek kerang, petuanya adalah dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Kulit kerang akan terbuka sedikit dan lebih mudah untuk mengopeknya.
6. Elak buah lebam
Buah-buahan adalah satu kemestian dalam diet seharian bagi membekalkan kita dengan sumber nutrisi dan vitamin. Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah di sapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Jus daripada limau nipis ini mengandungi asid yang mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam terutamanya buah-buahan seperti epal, pear, dan lain-lain. Selain itu, boleh juga dengan cara merendam seketika ke dalam air ais atau air garam bagi mengekalkan warna aslinya.
0 comments:
Post a Comment