Rss Feed
  1. Aneka Biskut

    Thursday, 14 November 2013

    BISKUT ARAB


    Bahan-bahan
    250 gm tepung gandum

    125 gm gula halus
    125 gm minyak sapi
    pewarna merah, kuning dan hijau



    Cara Penyediaan

    1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.

    2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah,               kuning, hijau
    4. Bentukkan adunan saperi bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
    5. Masukan adunan dalam paper-cup kecil.
    6. Bakar pada suh 180'c selama 25 - 20 minit




    BISKUT BELINJAU



    Bahan-bahan ( 70 - 80 keping )
    175 g keropok belinjau yang telah digoreng dan dihancurkan kasar2
    100 g mentega
    60 g gula pasir
    2 sb madu
    mangkuk kertas yg kecil secukupnya

    Cara-cara
    1. Satukan mentega,gula dan madu di dlm kuali.Kacau.
    2. Masak di atas api sederhana panas hingga gula larut.
    3. Masukkan pula keropok belinjau dan gaul hingga sebati.Matikan api.
    4. Bubuh adunan belinjau di dlm mangkuk2 kertas.Buat hingga habis dan susun kan diatas             dulang pembakar.
    5. Bakar selama 8-10 min atau hingga keperangan.
    6. Sejukkan belinjau madu di atas redai dan simpan di dlm bekas kedap udara



    BISKUT MELLOW BROWNIES



    Bahan-Bahan
    70g butter
    130g gula halus
    2 biji telur
    100g tepung gandum
    20g serbuk koko
    55g walnuts- potong kecil-kecil
    1 bar coklat

    Cara-cara
    1. Panaskan oven sehingga 190C. Butter dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum     dan serbuk koko.
    2. Masukkan butter dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
    3. Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
    4. Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
    5. Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
    6. Bila dan siap, keluarkan brownies dr oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas      brownies.
    7. Masukkan semula ke dalam oven yg masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dr oven         dan rata - ratakan.
    8. Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras bolehlah dipotong.



    BISKUT LAMINGTON


    Bahan-Bahan
    200 gm coklat masakan
    125 gm mentega
    ½ cawan gula perang
    1 biji telur 1 ¾ cawan tepung gandum
    1 camca teh serbuk penaik
    ¼ cawan kelapa parut kering

    Cara:
    1. Cairkan coklat, mentega dan gula perang di atas api perlahan. Sejukkan.
    2. Masukkan telur, tepung yang diayak bersama serbuk penaik. Putar hingga adunan.
    3. Bungkus adunan dan simpan dingin di dalam peti sejuk 30 minit.
    4. Keluarkan, ambil secamca besar adunan, bentukkan bulat dan salut dengan kelapa parut           kering. Bakar selama 15 minit pada suhu 125 darjah Celcius.



    BISKUT MERINGUE KISSES


    Bahan (A)
    2 biji putih telur
    180 gram gula
    1/4 sudu teh cream of tartar

    Bahan (B)
    1/2 sudu besar tepung jagung
    150 gram coklat masakan, dicairkan

    Cara-caranya
    1. Pukul putih telur bersama dengan cream of tartar sehingga kembang dan kaku. Campurkan       gula sedikit demi sedikit hingga pekat.
    2. Kaup dan balikkan (B) hingga ia sempurna.
    3. Bubuh adunan kedalam beg piping bermuncung bintang. Paipkan keatas kertas pembakar.
    4. Bakar pada suhu 130 darjah C selama 1 jam atau sehingga ia ranggup.
    5. Sesudah sejuk, celup meringue dengan coklat masakan cair. Letak diatas kertas minyak           sehingga ia keras.


  2. 0 comments:

    Post a Comment