Rss Feed
  1. Kaedah Enjut

    Sunday 17 November 2013

    Pengertian Kaedah Enjut
    Kaedah enjut ialah gula dan telur dienjut hingga kembang dan gebu. Kualiti kek yang dihasilkan dengan kaedah ini bergantung kepada kuantiti udara yang terperangkap di dalam adunan ketika mengenjut.

    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut
    Bahulu ialah sejenis kek yang disediakan dengan kaedah enjut. Bahulu boleh disediakan dalam acuan pelbagai corak untuk mendapat bentuk yang menarik. Bahulu dihidang di dalam pinggan beralaskan kertas doili. Simpan dalam balang kedap udara untuk memelihara rasanya.

    Pengiraan Kos Bahulu
    Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi bahulu.

    Kek yang Disediakan dengan Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Contoh kek daripada kaedah enjut yang divariasikan adalah seperti di bawah:
    (a)   Bahulu gulung
    (b)   Bahulu lapis


    Menyedia, Memasak, Menghias, Menghidang, dan Membuat Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Kek kaedah enjut boleh divariasikan dengan menambahkan bahan-bahan lain seperti krim koko dan jem bagi menambahkan rasa kepada bahulu. Ia juga menjadikan bahulu lebih menarik.

    Menghias dan Menghidang Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Kek bahulu seperti bahulu gulung boleh dihias dengan berbagai-bagai cara menggunakan aising, coklat cair, coklat urai, jem panas, dan kelapa parut.
    Contohnya:
    • Coklat cair
    Bahagian luar kek gulung boleh dihiasi dengan membuat corak menggunakan coklat cair.

    • Jem panas dan kelapa parut kering
    Sapukan bahagian luar kek gulung dengan jem panas serta sadurkan dengan kelapa parut kering yang berwarna atau tanpa warna.

    Potong bahulu gulung setebal 2-3 cm. Aturkan di dalam pinggan bulat beralaskan kertas doili. Hiaskan dengan ceri merah.

    Pengiraan Kos Kek Kaedah Enjut yang Divariasikan
    Pengiraan kos dibuat berdasarkan sukatan bahan yang digunakan untuk resipi yang dipilih.

  2. 0 comments:

    Post a Comment