Rss Feed
  1. Aneka Kek

    Thursday 14 November 2013

    KEK COKLAT KUKUS




    Bahan-Bahan

    1 cawan serbuk koko
    1 cawan gula pasir
    1 cawan susu cair
    1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)
    ½ cawan susu manis
    1 ¼ cawan tepung gandum
    1 tsp baking powder
    1 tsp soda bicarbonate
    3 biji telur

    Cara Menyediakan

    1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dalam periuk dan masak sebentar 
        atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan adunan suam Tepung, soda 
        bikarbonat dan baking powder di ayak

    2. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi. Gaul rata dan campur 
        tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti 
        adunan naik. (tuang dlm 1/2 acuan sahaja)

    3. Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam. 
        Angkat dan sejuk kan

    Toping Coklat:

    250 g coklat masakan } potong kecil2
    1 sudu besar majerin
    130 ml double cream atau whipping cream
    Sedikit gula halus secukup rasa (supaya topping tidak terlalu pahit)

    Cara membuat toping

    Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

    ********************************************************************************************************************

    KEK YOGURT STRAWBERRY


    Bahan-bahan

    100 gm gula perang
    150 gm tepung gandum
    60 gm serbuk badam
    90 gm - 110 gm mentega cair

    Cara menyediakan


    1. Satukan gula, tepung dan serbuk badam di dalam bekas pengadun. Gaul rata.
    2. Campurkan mentega cair dan gaul lagi hingga sebati.
    3. Tuangkan di dalam dulang pembakar bersaiz 16 x 16 sm (8 x 8 inci).
    4. Bakar di dalam ketuhar hingga berwarna perang muda.
    5. Setelah masak, biarkan ia sejuk.

    Bahan-bahan untuk bahagian atas


    100 gm mentega

    60 gm (1/4 cawan) madu
    200 gm badam - dipanggang

    Cara menyediakan


    1. Kacau mentega dan madu sehingga cair.
    2. Renehkan selama tiga minit lagi.
    3. Masukkan badam dan kacau.
    4. Tuangkan ke atas bahagian yang dibakar tadi.
    5. Bakar lagi selama 20 hingga 25 minit sehingga kekuningan.
    6. Biarkan sejuk sebelum dipotong


    ********************************************************************************************************************


    KEK MASAM MANIS


    Bahan-Bahan

    250 gm Buttercup/ Margerin D’bake
    1 Cawan gula halus
    1 ½ cawan tepung biskut (biskut merrie @ cream cream cracker-blend kering)
    1 tin susu kecil pekat manis (kalau yg tinggi sket tu ambil ¾ tin)
    6 biji telur gred A ( if telur biasa 7 atau 8 biji)
    1 tutup esen vanilla
    Pewarna hijau dan kuning
    5 peket asam manis



    Cara Menyediakan

    1) Pukul telur hingga kembang-dalam satu bekas.

    2) Pukul butter dan gula hingga kembang,kemudian masukkan esen vanilla.-dalam satu bekas      lain.

    3) Kemudian barulah campurkan telur yang telah dipukul kembang dengan butter dan gula yang      telah dipukul asing tadi dalam satu bekas.

    4) Masukkan tepung biskut, kemudian susu dan kacau hingga sebati.

    5) Asingkan kepada 2 bahagian-satu kuning dan satu hijau.

    6) Kukus kek selapis demi selapis.

    ********************************************************************************************************************


    BAHULU GULUNG




    Bahan-bahan

    ( dulang saiz 9" x 7" atau 10" x 10" x 1" - Satu gulung utk 3-4 orang )
    90g tepung gandum (diayak)
    3 biji telur A (telur yang segar pada suhu bilik)
    5 sudu besar gula halus
    1 sudu kecil esen vanilla / jus lemon
    jem secukupnya (DJ menggunakan filling strawberi)
    sedikit gula halus untuk taburan - boleh skip

    Cara Menyediakan

    1. Sediakan tin/loyang/dulang pembakar. Alas dgn baking sheet dan griskan serta taburkan sedikit tepung di permukaannya. Panaskan oven pd suhu 180C.
    2. Putar telur dgn gula sehingga betul-betul kembang dan ringan. (pastikan adunan ini btl2 kembang dan gebu, ini akan membantu kek menjadi lebih ringan dan lembut setelah masak)
    3. Masukkan esen vanilla/jus lemon dan putar lagi hingga sebati.
    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dlm adunan tadi sambil dikacau dengan cara kaup balik. (kaup tepung dengan perlahan sahaja) 
    5. Tuangkan adunan ke dalam dulang yang telah disediakan. Ratakan.
    6. Bakar pd tetingkat atas(high rack) selama 20 minit atau sehingga kek keperangan. (jika menggunakan suhu 200C, bakar selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C, dan bakar lg selama 5 minit).
    7. Panaskan jem raspberi sehingga cair.
    8. Alaskan sekeping kertas minyak di atas kain lembab. Taburkan sedikit gula di atasnya.
    9. Setelah bahulu masak, terus keluarkan dan terbalikkan di atas kertas minyak td. Potong kerak di bahagian tepinya jika suka. Sapukan jem di atas bahulu hingga rata.
    10. Gulung dgn kemas dgn menggunakan kertas minyak.
    11. Sejukkan sebelum dipotong dan dihidang.

    ********************************************************************************************************************



    KEK BATIK JAWA




    Bahan-bahan

    250 gram biskut marie dipecah2kan
    45 gram nestum
    170 gram mentega
    45 gram milo
    170 gram air
    10 gram serbuk koko
    100 gram susu manis
    4 biji telur
    70 gram gula
    1 sudu ten vanilla
    (Sedikit kacang goreng ditumbuk kasar sebagai tambahan)

    Cara Menyediakan

    1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukan telur dan pukul lagi
    2. Susu koko milo nestum dan air disatukan masukan mentega dan vanilla kacau sebati.
    3. Masak diatas api sederhana selama 20 minit masukkan biskut kacau lagi sebingga sebati.
    4. Masukkan dlm loyang dan mampatkan sejukkan dlm pet iais


  2. 0 comments:

    Post a Comment