Rss Feed
  1. Kesihatan

    Thursday, 14 November 2013


    1.0    MAKANAN SEIMBANG
           
    Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. 

    Makanan seimbang seharusnya memberi :

    i. Tenaga makanan yang mencukupi
    ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
    iii. Kandungan fiber yang mencukupi
    iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

    Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

    A. Makanan yang memberi tenaga
    Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

    B. Makanan membina badan 
    Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

    C. Makanan menjauhi penyakit
    Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan. Tubuh badan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.


    *****************************************************************************************************

    2.0       10 MAKANAN YANG BAIK UNTUK JANTUNG

    Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

    Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

    Makanan Beroat
    Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.


    Salmon
    Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks. 

    Avocado
    Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL. 

    Kekacang
    Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

    Berries
    Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

    Kacang peas
    Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

    Bayam
    Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

    Biji rami (linseed)
    Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan 
    oatmeal.

    Kacang Soya
    Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.


    Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

  2. 0 comments:

    Post a Comment